Ahad, 31 Januari 2010

Apa Sudah Jadi Pada Orang Islam di Malaysia?

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri. (Petikan dari Utusan Malaysia 31hb Januari 2010)

Begitulah senario yang berlaku saat ini sama ada anda suka atau tidak. Saya lebih suka fokus pada orang Islam kalau tajuknya berpusat pada perpaduan daripada spesifik pada satu bangsa iaitu Melayu.

Hakikatnya orang Islam di Malaysia pada saat ini boleh dibahagikan kepada empat:
1. Orang Islam yang tidur mati.
Jenis yang ini kalau meletup pun tong gas jiran sebelah rumah memang gerenti dia tak akan sedar. Boleh diibaratkan kalau meletup negara Brunei dan Indonesia dia buat tak kisah. Atau kalau negeri Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang nak buat negera sendiri pun dia tak ambil pusing. Yang penting bila dia buka mata, ada nasi atas pinggan, ada tempat untuk berteduh. Mungkin segaja atau mungkin terpaksa. Sama ada mereka ini terlalu asyik dibuai mimpi dunia atau terlalu miskin untuk memperdulikan nasib orang lain.

2. Orang Islam yang tidur-tidur ayam.
Jenis yang ini kadang-kadang dia sedar tapi kadang-kadang dia buat-buat tidur. Mungkin takut disuruh oleh emaknya supaya pergi ke kedai untuk membeli susu lemak manis di awal pagi untuk dibancuh bersama air Milo atau air kopi. Biasanya jenis yang ini kadang-kadang dia layan sahaja isu-isu yang dianggap menarik tapi bila orang lain dah tak berminat dengan isu yang satu ini terutama menyentuh bab perpaduan, dia buat 'don't know' atau 'donno'. Kemungkinan besar dia masih lagi menyimpan impian untuk bertemu semula dengan mimpinya yang indah. Justeru itu dia cuba tidur tapi tidak dapat kerana hakikatnya matahari sudah mula memancarkan cahayanya.

3. Orang Islam yang segar bugar.
Jenis yang ini pastinya dia sudah bangun. Awal-awal lagi sudah sembahyang subuh. Tak pun bangun sebab memang dah biasa bangun awal pagi.Biasanya matanya dan fikirannya memang segar umpama kuntuman bunga kembang dipagi hari. Jenis yang ini memang sentiasa peka. Dia mahu umat Islam di Malaysia ini bersatu. Dia tidak mahu masing-masing bercakaran sesama sesama sendiri merebutkan kerusi buruk yang jangka hayatnya hanya seketika. Jenis yang ini tidak mudah termakan oleh dakyah-dakyah yang boleh memecahbelahkan umat Islam apatah lagi yang menyentuh sensitiviti dalam urusan agama. Tahniah kepada jenis yang satu ini. Kerana merekalah umat Islam di Malaysia masih lagi 'dipandang' dan dihormati.

4. Orang Islam yang terlebih kafein.
Yang ini rupanya seakan segar. Tapi terpaksa. Dia memilih jalan yang tidak alami untuk memastikan dirinya sentiasa peka. Dia sedar akan kepentingan penyatuan ummah dan dia boleh membuat perubahan. Malangnya, dia lemah. Dia tiada pilihan selain mengikut sahaja. Hakikatnya dia sedar dia perlukan sokongan. Oleh sebab itu dia perlukan bantuan. Ingat kopi bukanlah segala-galanya. Mata yang ngantuk satu saat nanti akan terlelap jua. Soalnya, bila?

Jumaat, 29 Januari 2010

Askum atau Salam: Yang mana lebih bagus?

Persoalan ini selalu menerjah masuk ke dalam kotak fikiran. Yang mana lebih bagus? Kalau ikut sunnah ya tentu saja Assalamua'laikum. Okey, mari kita bicarakan ikut konteks.

Askum or A'kum or Akum sering sahaja digunakan dalam bahasa telefonis atau lebih mudah bahasa SMS. Dimengertikan bahawa A'kum merujuk dan spesifik kepada Assalamuala'laikum. Kenapa ditaip A'kum? Alasannya kerana yang akhir itu terlalu panjang dan seringkali salah ejaannya apabila ditaip melainkan jika sudah ada templete sedia ada. Dan diketahui juga Assalamua'alaikum itu mengambil jumlah aksara yang banyak yang dapat dimuat dalam satu mesej yang maksimumnya 150 aksara dengan kos RM0.30 (antara beza rangkaian). Ya bagi orang yang terlalu berkira.. (seperti saya haha..taubat..taubat)

Persoalannya kenapa harus A'kum itu dikatakan salah dan penggunaannya terus dirujuk kepada Yahudi mengambil kira singkatan daripada perkataan 'Avde
Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Seingat fikiran, bangsa saya bukan Yahudi dan tidak pernah terlintas memanggil saudara sesama Islam sebagai binatang dan orang-orang sesat. Kenapa harus dikaitkan dengan Yahudi? Apakah tiada bangsa lain didunia ini selain Melayu dan Yahudi? Mungkin saja Akum itu maksudnya Yang Cantik dan Hensem Serta Berbudi Pekerti Hebat dalam bahasa Tiengviet. Siapa tahu? Kenapa? Kerana kita suka fokus kepada yang negatif apatah lagi kalau melibatkan Yahudi.

Berbalik kepada persoalan. Isu utamanya ialah BAHASA. Maka bahasalah jawapannya. Bahasa itu adalah alat untuk komunikasi supaya dua pihak yang berkomunikasi saling faham. Nah, kalau anda paham A'kum sebagai Assalamua'laikum kenapa tidak? (Nota: saya telah membuat 4 kali kesilapan semasa menaip 'Assalamua'laikum' tadi. Soalnya harus hati-hati takut tersalah). Jadi sekarang apa lagi isunya. Bahasa arab? Usah dibahaskan. Membuang masa.

Jadi para pencinta bahasa. Jangan anda menghakimi penggunaan A'kum. Kerana penggunanya (saya fikir semua org di Malaysia juga tahu) merujuk kepada Assalamua'laikum yang bermaksud Salam Sejahtera Keatas Kamu. Sunnah Rasulullah S.A.W diucapkan begitu jika bertemu sesama Islam sama ada kenal mahupun tidak. Diulangi SUNNAH. Apa anda tidak mahu mengikut sunnah. Terserah...


Dan jika ada mengertikan SALAM itu sama dengan Assalamua'laikum. Jawapannya tidak semua yang sama fikiran dengan anda. Otak saya mengintepretasi (bukan membaca) SALAM sebagai Salam. Maksud bagi saya adalah semacam sapaan atau maknanya 'peace' atau damai dalam bahasa arab. Ertinya hampir sekali tapi tidak sama dengan Salam Sejahtera ke atas kamu'. Saya bukan pro Yahudi tapi Shalom dalam bahasa Yahudi juga bermaksud 'peace'. Sekarang siapa yang ikut siapa? Ini petikan dari http://www.therefinersfire.org/meaning_of_shalom.htm

By David Silver

"The Hebrew word SHALOM is understood around the world to mean peace. But peace is only one small part of the meaning of the word SHALOM. Here in Israel, even though we don't have much in the way of peace, we use the word SHALOM on a daily basis. We use it to greet people with, and we use it to bid farewell to people. However, SHALOM means much more than peace, hello or goodbye."


Saya bukanlah pakar bahasa apatah lagi memegang phd dalam bidang Communication of SMS with Honours. Tapi bagi saya soal cara hidup itu terpulang kepada kita asalkan tidak melanggar peraturan Al-Quran dan Sunnah. Saya terbuka kepada kritis dan saran. Saya ambil yang senang saya gunakan A'kum dalam SMS dan itu merujuk kepada Assalamua'laikum. (Mujur blog tidak punya had maksimum aksara)