Ahad, 31 Januari 2010

Apa Sudah Jadi Pada Orang Islam di Malaysia?

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri. (Petikan dari Utusan Malaysia 31hb Januari 2010)

Begitulah senario yang berlaku saat ini sama ada anda suka atau tidak. Saya lebih suka fokus pada orang Islam kalau tajuknya berpusat pada perpaduan daripada spesifik pada satu bangsa iaitu Melayu.

Hakikatnya orang Islam di Malaysia pada saat ini boleh dibahagikan kepada empat:
1. Orang Islam yang tidur mati.
Jenis yang ini kalau meletup pun tong gas jiran sebelah rumah memang gerenti dia tak akan sedar. Boleh diibaratkan kalau meletup negara Brunei dan Indonesia dia buat tak kisah. Atau kalau negeri Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang nak buat negera sendiri pun dia tak ambil pusing. Yang penting bila dia buka mata, ada nasi atas pinggan, ada tempat untuk berteduh. Mungkin segaja atau mungkin terpaksa. Sama ada mereka ini terlalu asyik dibuai mimpi dunia atau terlalu miskin untuk memperdulikan nasib orang lain.

2. Orang Islam yang tidur-tidur ayam.
Jenis yang ini kadang-kadang dia sedar tapi kadang-kadang dia buat-buat tidur. Mungkin takut disuruh oleh emaknya supaya pergi ke kedai untuk membeli susu lemak manis di awal pagi untuk dibancuh bersama air Milo atau air kopi. Biasanya jenis yang ini kadang-kadang dia layan sahaja isu-isu yang dianggap menarik tapi bila orang lain dah tak berminat dengan isu yang satu ini terutama menyentuh bab perpaduan, dia buat 'don't know' atau 'donno'. Kemungkinan besar dia masih lagi menyimpan impian untuk bertemu semula dengan mimpinya yang indah. Justeru itu dia cuba tidur tapi tidak dapat kerana hakikatnya matahari sudah mula memancarkan cahayanya.

3. Orang Islam yang segar bugar.
Jenis yang ini pastinya dia sudah bangun. Awal-awal lagi sudah sembahyang subuh. Tak pun bangun sebab memang dah biasa bangun awal pagi.Biasanya matanya dan fikirannya memang segar umpama kuntuman bunga kembang dipagi hari. Jenis yang ini memang sentiasa peka. Dia mahu umat Islam di Malaysia ini bersatu. Dia tidak mahu masing-masing bercakaran sesama sesama sendiri merebutkan kerusi buruk yang jangka hayatnya hanya seketika. Jenis yang ini tidak mudah termakan oleh dakyah-dakyah yang boleh memecahbelahkan umat Islam apatah lagi yang menyentuh sensitiviti dalam urusan agama. Tahniah kepada jenis yang satu ini. Kerana merekalah umat Islam di Malaysia masih lagi 'dipandang' dan dihormati.

4. Orang Islam yang terlebih kafein.
Yang ini rupanya seakan segar. Tapi terpaksa. Dia memilih jalan yang tidak alami untuk memastikan dirinya sentiasa peka. Dia sedar akan kepentingan penyatuan ummah dan dia boleh membuat perubahan. Malangnya, dia lemah. Dia tiada pilihan selain mengikut sahaja. Hakikatnya dia sedar dia perlukan sokongan. Oleh sebab itu dia perlukan bantuan. Ingat kopi bukanlah segala-galanya. Mata yang ngantuk satu saat nanti akan terlelap jua. Soalnya, bila?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan